APAKAH ITU SKM,DKM,DLKM ???Apakah laluan kerjaya sekiranya anda memiliki SKM???
SKM merupakan SIJIL KEMAHIRAN MALAYSIA
yang dikeluarkan oleh pihak JPK(JABATAN PEMBANGUNAN KEMAHIRAN)
bagi sesiapa yang mengikuti Program SKM,DKM@ DLKM.
Oleh kerana sesorang itu gagal/tidak minat akademik maka diberikan peluang,
dengan mengikuti program kemahiran dan ia bukan bermakna orang
yang mengikuti program kemahiran tidak pandai seakan orang akademik,
kerana Dalam silibus SKM juga diberi penekanan seperti Subjek Math,Fizik dan
lain-lain subjek yang menjadi keperluan untuk sesuatu bidang.
Tahap kemahiran sesorang itu ditentukan dari tahap 1~5:
Tahap 1~3 (Sijil)
Tahap 4 (Diploma Kemahiran Malaysia yang mempunyai Kesetaraan dengan Diploma IPTA).
Tahap 5 (Diploma Lanjutan Kemahiran Malaysia yang mempunyai Kesetaraan dengan Ijazah AM).
Skop Pekerjaan Di Alam Industri :
Tahap 1~3 : Junior TECH hingga ke Senior Tech
Tahap 4 : Assist Eng hingga ke Engineer
Tahap 5 : Engineer hingga ke Sr.Engineer @ Eng Manager/Management Site
remark:Setiap pekerjaan yang ditawarkan di swasta kadang memerlukan requirement yang berbeza.
Keratan Akhbar Yang Menyatakan DLKM setaraf Ijazah AM:
http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0311&pub=Utusan_Malaysia&sec=Kampus&pg=ka_02.htm
Kaedah Mendapatkan Sijil SKM,DKM,DLKM:
PERCUMA untuk tahap 1~3 (Full Time Only):Dengan mengikuti program tajaan Giatmara,ILP @ IKBN
Bebayar untuk tahap 4~5 (Full Time Only):Dengan mengikuti program JMTI,ADTECH @ mana-mana PusaT Bertauliah JPK
PPT (PENCAPAIAN TERDAHULU) :Program ini kepada mereka yang mempunyai pengalaman dalam sesuatu bidang boleh memohon Sijil dengan hanya bayaran RM300 shj kpd pihak JPK (KHUSUS untuk mereka yg bekerja)
GRADUAN KEMAHIRAN boleh memilih DUA laluan KERJAYA:
1)ALAM PENGAJAR
2)ALAM INDUSTRI
***********ALAM PENGAJAR********************************
Setelah mendapatkan SKM(min Tahap 2),DKM,DLKM anda juga turut layak untuk mengikuti program VTO.
Vto merupakan singkatan bagi program Vacational Training Officer I-031-3 (Tahap 3) ,seorang pengajar/lecturar
kemahiran HARUS mempunyai VTO bagi tujuan mengajar STUDENT kemahiran.Program VTO ini dijalankan di CIAST(KERAJAAN),
manakala di Pulau Pinang Ia Dijalankan di SSM GLOBAL kini dikenali sebagai AIPV yang bertempat di Bandar Perda
Bukit Mertajam.Pelatih yang Tamat VTO boleh memohon kursus PP(PEGAWAI PENGESAHAN) @ PPL (PEGAWAI PENGESAHAN LUARAN).
Anda layak untuk menjadi PENGAJAR dimana-mana pusat yang menjalankan SKM,DKM,DLKM.Bahkan kini kebanykan
ILP turut memerlukan Pengajar Harian Sambilan(Kontrak Jabatan Tenaga Manusia) dimananya dibayar mengikut tahap
kemahiran ,bagi pemegang sijil bayaran harian sebanyak RM55 dan RM77 bagi pemegang DIPLOMA.Laluan ini amat sesuai
kepada mereka yang ingin mengajar dan kurang tekanan berbanding kerja di INDUSTRI.PERINGATANN!!!Walaupun anda
mempunyai Tahap 4 sekali pun dalam bidang ini kebanyakan Kolej Swasta hanya menawarkan Gaji Sebanyak RM1200~1400
ini berdasarkan pengalaman saya yang pernah INTERVIEW di merata Pusat Bertauliah dari sekitar Tahun 2013~2014.
***********ALAM INDUSTRI********************************
Anda layak mengikuti ALAM INDUSTRI walaupun anda baru mampunyai Tahap kemahiran di tangga Sijil.Selalunya
kekosongan pada jawatan ini ialah TECHNICIAN dimanaya gaji PERMULAAN RM1100~1400.Apabila anda bekerja sbg
TECHNICIAN ,kebiasaanyaa anda akan mempunyai COMPULSARY OT (12jam) yang boleh membawa gaji anda kepada RM2+++..
Selain itu pekerja swasta INDUSTRI selalunya mempunyai ELAUNS PENGANGKUTAN ,ELAUNS SYIF bagi yang bekerja SYIF
dan juga ELAUNS MAKANAN.Kepada mereka yang mempunyai Tahap 4 & 5 boleh apply jawatan Sr.Tech Assitant Engineer @ Engineer
mengikut pada kemahiran dan pengalaman diri masing-masing.Gaji yang di tawarkan kepada AE@E selalunya
bermula pada tangga rm2+++ BASIC dan diikuti dengan elauns mengikut SYARIKAT/INDUSTRI tersebut.Perbandingan
skop gaji diantara ALAM PENGAJAR memang tinggi kerana gaji seorang CALON TAHAP 4 boleh mencecah RM3+++ mengikut pada
syarikat yang dipilih.Akan tetapi pekerjaan di INDUSTRI akan membuatkan kita lebih matang dalam menagani segala
jenis masalah yang dihadapi.Ada juga yang menyatakan tida LIFE sekiranya kerja kilang kerana terlalu tumpu pada OT.
PEMILIHAN sama ada ALAM PENGAJAR @ ALAM INDUSTRI bergantung pada individu.
Rujukan Job Malaysia:
http://cic.jobsmalaysia.gov.my/html/kerjaya-1-1.php?id=36&bidang=1